Saturday 3 December 2011

Analisis Kesalahan Tatabahasa Bahasa Malaysia

Kata Nama
Salah
Betul
Cili sos
Mini perpustakaan
Zaleha Restoran
Jaya Klinik
Sos cili
Perpustakaan mini
Restoran Zaleha
Klinik Jaya

Kata Jamak

Salah
Betul
mereka-mereka
semua kereta-kereta
para-para pelajar
empat orang abang-abang
mereka
semua kereta
para pelajar
empat orang abang

Kata Penguat

Salah
Betul
sangat tinggi sekali
sungguh jauh sekali
paling indah sekali
amat menakutkan sekali
sangat tinggi
sungguh jauh
paling indah
amat menakutkan

Kata Bilangan

Salah
Betul
Sekolah itu telah menjalankan berbagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.
Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.
Sekolah itu telah menjalankan berbagai-bagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.
Beribu-ribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
Setengah- setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.

 Kata Sendi

Salah
Betul
Umar telah berpindah daripada sekolah ini bulan lalu.
Daripada hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.
Umar telah berpindah dari sekolah ini bulan lalu.
Dari hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.
Tilam itu dibuat dari getah asli.
Sukarmi lebih tinggi dari abangnya.
Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di asrama.
Tilam itu dibuat daripada getah asli.
Sukarmi lebih tinggi daripada abangnya.
Tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal di asrama.
Saya selalu pergi ke ibu kota di Hari Kebangsaan.
Di petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam.
Saya selalu pergi ke ibu kota pada Hari Kebangsaan.
Pada petang semalam, saya pergi ke perpustakaan awam.
Saya dilahirkan diSabah.
Siti bekerja dimana?
Saya dilahirkan di Sabah.
Siti bekerja di mana?

Penjodoh Bilangan

Salah
Betul
Setiap orang pelajar
Sesetengah orang rakyat
Seluruh buah negeri
Semua ekor binatang
Setiap pelajar
Sesetengah rakyat
Seluruh negeri
Semua binatang

Kata Ganti Diri

Salah
Betul
Pencuri itu telah ditangkap. Beliau dibawa ke balai polis.
Kau tinggal di mana?” tanya Siva kepada gurunya.
Pencuri itu telah ditangkap. Dia dibawa ke balai polis.
Cikgu tinggal di mana?” tanya Siva kepada gurunya.

Kata Adjektif

Salah
Betul
Masakan yang dihidangkan oleh ibunya benar lazat.
Pemandangan di pantai nian indah.
Masakan yang dihidangkan oleh ibunya lazat benar.
Pemandangan di pantai indah nian.

 Kata Kerja Transitif

Salah
Betul
Ibu sedang jahit baju kurung.
Ayah selalu cuci keretanya.
Ibu sedang menjahit baju kurung.
Ayah selalu mencuci keretanya.

Ayat Pasif

Salah
Betul
Cerpen itu telah dikarang oleh saya.
Latihan mesti dibuat oleh kau.
Cerpen itu telah saya karang.
Latihan mesti kaubuat.

Kata Tanya

Salah
Betul
Kamu berasal dari manakah?
Apa nama pengawas itu?
Bila ayah akan pulang?
Binatang peliharaan awak bernama siapa?
Kamu berasal dari mana?
Siapakah nama pengawas itu?
Bilakah ayah akan pulang?
Binatang peliharaan awak bernama apa?

Ejaan

Salah
Betul
Ibu bapa mestilah menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak.
Orang tua itu mewasiatkan harta pesakanya kepada anak bongsu.
Ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak.
Orang tua itu mewasiatkan harta pusakanya kepada anak bongsu.


No comments:

Post a Comment